Jika ganjaran habis dijual, ini bermakna pemain sudah membeli semua inventori yang tersedia untuk ganjaran tersebut.  

Kuantiti dan jenis ganjaran di gedung adalah berdasarkan ketersediaan rakan kongsi kami, jadi apabila kami telah mengisi semua slot untuk hari tersebut, kami tidak boleh luluskan sebarang pembelian lagi dan inventori ganjaran kami adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Jika anda membeli ganjaran yang terhad kepada "1 setiap pemain", anda tidak akan dapat membeli ganjaran yang sama hinggalah tawaran semasa kami untuk ganjaran itu dihentikan.

Banyak ganjaran kami disegar semula setiap hari - jadi rajin-rajinlah menjengah kembali!