Ganjaran kami terbatas oleh terma dan syarat yang ditetapkan oleh rakan kongsi kami. Anda boleh melihat terma dan syarat ini dengan mengetik pada Ganjaran yang anda ingin beli, kemudian mengetik "Ketahui Selanjutnya". Kebanyakan ganjaran dalam seksyen ini turut mempunyai butang Terma dan Syarat yang boleh diketik untuk dapatkan butiran lebih terperinci mengenai ganjaran.

Sesetengah ganjaran Las Vegas akan menyatakan "Ganjaran ini telah dirizabkan kepada pemain kami yang tinggal di luar Las Vegas, Pahrump, Mesquite, Laughlin dan Boulder City" atau bahawa penduduk Clark County tidak layak, yang bermaksud penduduk bandar raya tersebut tidak akan dapat membeli atau menebus ganjaran ini.

Terma ini ditetapkan oleh Rakan Kongsi Ganjaran kami dan bukan oleh PLAYSTUDIOS.  Kami menjalin kerjasama erat dengan rakan kongsi kami untuk memastikan agar pelbagai jenis ganjaran menarik dapat disediakan kepada semua pemain kami. Sesetengah ganjaran ini disertakan dengan sekatan tertentu, dan mungkin tidak tersedia kepada pemain ketika berada di Las Vegas. Walau di mana pun lokasi anda, anda sepatutnya mempunyai akses kepada pelbagai set tawaran yang merentasi semua kategori.