Untuk mengakses Sembang Pasukan anda, tekan butang Pasukan. Di sini anda boleh menghantar mesej, mendapat kemas kini mengenai aktiviti pasukan anda dan menyemak Team Goal.
Anda boleh padam mesej orang lain dengan mengetik mesej itu dan kemudian menekan butang Sekat. Mesej hanya akan dipadam untuk anda. Jika anda mahu Nyahsekat pemain, pergi ke skrin profil mereka dan tekan butang Nyahsekat.
Jika pemain menghantar mesej yang menyinggung perasaan, anda juga boleh laporkannya dengan mengetik mesej itu dan menekan butang Lapor. Sokongan pelanggan kami akan mengendalikan situasi tersebut dari situ.
Pemimpin Pasukan juga boleh mengeluarkan pemain yang menyinggung perasaan itu daripada Pasukan dengan menekan butang Singkir pada profil mereka.