Anda barangkali sudah tahu tentang cara meraih mata dalam Tetris - selesaikan baris. Itu benar, tetapi bukanlah sekadar itu sahaja.

Segala tindakan yang memberi anda mata dalam Tetris mempunyai markah asas - berapakah nilai gerakan itu - yang digandakan dengan tahap semasa anda. Pada dasarnya, lebih pantas kepingan Tetrimino itu jatuh, lebih banyaklah mata yang akan anda raih, tanpa mengira mod yang sedang anda mainkan.

Tanpa berlengah lagi, berikut adalah semua markah asas untuk Tetris:

  • Satu Line Clear: 100 Mata
  • Dua Line Clear: 300 Mata
  • Tiga Line Clear: 500 Mata
  • Tetris Line Clear: 800 Mata
  • T-Spin Mini: 100 Mata
  • Satu T-Spin Mini: 200 Mata
  • T-Spin: 400 Mata
  • Dua T-Spin: 1200 Mata
  • Tiga T-Spin: 1600 Mata
  • Satu Line Clear All Clear: 800 Mata
  • Dua Line Clear All Clear: 1200 Mata
  • Tiga Line Clear All Clear: 1800 Mata
  • Tetris Line Clear All Clear: 2000 Mata
  • Tetris Line Clear Back-To-Back All Clear: 3200 Mata
  • Soft Drop: 1 Mata/Baris Tercicir
  • Hard Drop: 2 Mata/Baris Tercicir

Seperkara lagi, anda juga akan memperoleh bonus Back-To-Back jika melakukan Tetris Line Clear atau T-Spin Line Clear secara berturutan, tanpa menyelesaikan mana-mana baris lain di antaranya. Bonus Back-To-Back akan memberi anda ekstra 50% daripada sebarang markah yang anda raih daripada gerakan di tempat pertama tersebut.